[Hanray] 0.013 | SNR Zones | Target TP | Breakout | Hold


Gambar Rajah 1: Indikator [Hanray] 0.013 | SNR Zones | Target Take Profit | Sideway | Breakout | Hold

MAKLUMAT ASAS INDIKATOR

Indikator ini sesuai untuk:
1. Semua pasaran.
2. Semua Trader.
3. Semua Time Frame.

Fokus indikator ini adalah untuk mengenal pasti:
1. Trend.
2. Target Take Profit.

Terdapat 21 garisan utama yang diklusterkan di bawah 5 kluster, iaitu:
1. Zon Target untuk Extra High Price (EHP 1 hingga EHP 6).
2. Zon Resistance (VAH, MHZ, FHP).
3. Zon Point of Control (POCT, POC, POCB).
4. Zon Support (VAL, MLZ, FLP)
5. Zon Target untuk Extra Low Price (ELP 1 hingga ELP 6).

Definisi istilah setiap garisan adalah seperti berikut:
1. EHP - Extra High Price.
2. VAH - Value Area High.
3. MHZ - Middle High Zone.
4. FHP - Forecasting High Price.
5. POC - Point of Control.
6. POCT - Point of Control Top.
7. POCB - Point of Control Bottom.
8. VAL - Value Area Low.
9. MLZ - Middle Low Zone.
10. FLP - Forecasting Low Price.  
11. ELP - Extra Low Price

Kelebihan indikator ini:
Setiap Trend dan Target Take Profit akan muncul seawal jam 9:00 malam pada hari sebelumnya (kecuali hari Isnin kerana tiada urusniaga pada hari Jumaat malam). Situasi ini boleh membantu kita untuk mengetahui arah Trend untuk keesokan harinya serta memudahkan kita hanya untuk trade sehala sahaja,

Kekurangan indikator ini:
Garisan POC hanya boleh digunakan sebagai penentu arah Trend sahaja.
Memandangkan indikator ini hanya memfokuskan untuk mengenal pasti Trend dan Target Take Profit sahaja, indikator ini perlu digunakan bersama-sama dengan indikator lain yang boleh memimpin arah pergerakan harga semasa. Contohnya:
1. [Hanray] 0.001 | Trend | Buy | Sell | Pullback; atau
2. [Hanray] 0.002 | OBOS Wave | Buy | Sell | Hold; atau
3. Sebarang indikator lain yang bersesuaian.

Gambar Rajah 2: Kenal Pasti Trend / Buy / Sell / Target Take Profit / Sideway / Hold

KENAL PASTI TREND
(Contoh: Rujuk Gambar Rajah 2)

Uptrend:
Harga sentiasa berada di atas garisan POC dan di atas Zon Resistance.

Sideway Uptrend:
Harga berada di antara garisan POC & Zon Resistance.

Hold Kedudukan Uptrend:
Boleh hold kedudukan uptrend ketika harga kekal berada di atas garisan POC dan di atas Zon Resistance.

Downtrend:
Harga sentiasa berada di bawah garisan POC dan di bawah Zon Support.

Sideway Downtrend:
Harga berada di antara garisan POC & Zon Support.

Hold Kedudukan Downtrend:
Boleh hold kedudukan downtrend ketika harga kekal berada di bawah garisan POC dan di bawah Zon Support.

SITUASI TARGET UNTUK TAKE PROFIT
(Contoh: Rujuk Gambar Rajah 2)

Setiap garisan yang tersedia digunakan untuk Target Take Profit.

Bagi menentukan Target Take Profit yang bersesuaian perlu dikenal pasti arah pergerakan harga terlebih dahulu.

Untuk menentukan arah pergerakan harga, indikator ini perlu digunakan bersama indikator lain yang boleh membantu untuk menunjukkan arah pergerakan harga semasa, antaranya: 
1. [Hanray] 0.001 | Trend | Buy | Sell | Pullback; atau
2. [Hanray] 0.002 | OBOS Wave | Buy | Sell | Hold; atau
3. Sebarang indikator lain yang bersesuaian.

SITUASI BUY
(Contoh: Rujuk Gambar Rajah 3 hingga Gambar Rajah 6)

1. Harga berada di atas garisan POC (Rujuk Gambar Rajah 3).
2. Harga berada di atas Zon Resistance (strong Buy).
3. Harga berada di antara garisan POC dan Zon Resistance (sideway uptrend).
4. Ketika harga tidak berjaya menembusi ke bawah garisan VAL.
5. Ketika harga tidak berjaya menembusi ke bawah garisan FLP.
6. Ketika harga tidak berjaya menembusi ke bawah mana-mana garisan.
7. Take Profit di mana-mana garisan yang berdekatan.

Gambar Rajah 3: Contoh Situasi Buy (No. 1)

Gambar Rajah 4: Contoh Situasi Buy (No. 2)

Gambar Rajah 5: Contoh Situasi Buy (No. 3)

Gambar Rajah 6: Contoh Situasi Buy (No.4 dan No. 5)

SITUASI SELL
(Contoh: Rujuk Gambar Rajah 7 hingga Gambar Rajah 10)

1. Harga berada di bawah garisan POC.
2. Harga berada di bawah Zon Support (strong Sell).
3. Harga berada di antara garisan POC dan Zon Support (sideway downtrend).
4. Ketika harga tidak berjaya menembusi ke atas garisan VAH.
5. Ketika harga tidak berjaya menembusi ke atas garisan FHP.
6. Ketika harga tidak berjaya menembusi ke atas mana-mana garisan.
7. Take Profit di mana-mana garisan yang berdekatan.

Gambar Rajah 7: Contoh Situasi Sell (No. 1)

Gambar Rajah 8: Contoh Situasi Sell (No. 2)

Gambar Rajah 9: Contoh Situasi Sell (No. 3)

Gambar Rajah 10: Contoh Situasi Sell (No. 4 dan No. 5)

SITUASI SIDEWAY INTER ZONE
(Contoh: Rujuk Gambar Rajah 11)

1. Harga akan bergerak di antara Zon Resistance dan Zon Support.

Gambar Rajah 11: Contoh Situasi Sideway Inter Zone

SITUASI SIDEWAY INNER ZONE (SIDEWAY TEGAR)
(Contoh: Rujuk Gambar Rajah 12 dan Gambar Rajah 13)

1. Harga akan bergerak di dalam Zon Resistance.
2. Harga akan bergerak di dalam Zon Support.

Gambar Rajah 12: Contoh Situasi Sideway Di Dalam Zon Resistance

Gambar Rajah 13: Contoh Situasi Sideway Di Dalam Zon Support

PENAFIAN

Indikator ini adalah untuk pembelajaran sahaja. Sebarang untung / rugi / pulangan modal atau sebarang risiko lain yang wujud adalah di bawah tanggungjawab setiap individu atau kumpulan tertentu yang menggunakannya.

Comments

Popular posts from this blog

Tip Untuk Memilih Indikator Tradingview

[Hanray] 0.001 | Trend | Buy | Sell | Pullback